Saturday, March 26, 2011

HuH>>>>>AKUlah Fiq Sam

Mencari kesempurnaan itulah yang ingin dikecapi oleh setiap insan, namun kesempurnaan itu bukanlah sesuatu yang boleh dimiliki, kerana kita adalah seorang manusia. Sentiasa bergelumang dengan kelekaan, nafsu dan hanyut dibawa arus duniawi. Akulah Fiq Sam, ini kisahku..........................................

Mencuba untuk bertahan, aku sedar keupayaanku. Setiap insan yang dicipta mempunyai kelebihan tersendiri, tidak semua orang pandai bermain bola, dan tidak semua orang pandai berpuisi namun hakikatnya kita adalah sama. Jika kau rasa kau boleh berpuisi sehebat sang pungguk, aku boleh menyanyi sehebat sang murai. Jika kau boleh berenang seligat ikan, aku boleh berlari sepantas singa.