
"Kenapa adik menangis?" Tanya lelaki itu.
"Saya mahukan bunga itu," Kata kanak-kanak itu dalam keadaan teresak-esak menangis. Air mata yang membanjiri matanya itu kelihatan berkilau-kilau.
"Adik nak buat apa dengan bunga itu?," Tanya lelaki itu dengan lebih lanjut.
" Saya mahukan bunga itu, sebab saya nak hadiahkan bunga tu kepada ibu saya,Saya tak pernah pun memberi ibu bunga seumur hidup saya," Kata kanak-kanak itu lagi.
" Kenapa adik tidak membelinya?"" Saya tak ada duit, sebab itu saya tak dapat beli."
" Adik amiklah bunga apa yang adik mahu,biar abang yang bayarkan untuk adik," Pelawa lelaki itu kepada kanak-kanak itu.
Kanak-kanak itu pun mengambil sekuntum bunga ros berwarna putih, kemudian lelaki itu pun mempelawa kanak-kanak itu untuk naik keretanya, dia ingin menghantar kanak-kanak itu supaya dia dapat memberi bunga tersebut kepada ibunya. Lelaki itu pun membawa kanak-kanak itu ke tempat yang ditunjuknya,kemudian hati lelaki itu tertnya-tanya mengapa kanak-kanak ini membawanya ke tanah perkuburan. Lelaki itu kemudiannya mengikuti kanak-kanak itu, setelah tiba di sebuah kubur, kanak-kanak lelaki tersebut meletakkan bunga yang ros itu di atas kubur tersebut.
"Inilah kubur ibu saya, saya tak sempat untuk beretemunya kerana dia meninggal sewaktu melahirkan saya," Kata kanak-kanak itu sambil mencabut-cabut rumbut di sekeliling kubur ibunya.
Lelaki itu tersentap, air matanya meleleh.Hajatnya untuk mengirimkan kad ucapan hari ibu dibatalkan. Keesokan paginya, lelaki itu pulang ke kampung bertemu ibunya. Dia memeluk ibunya seerat-eratnya.
p/s : Sayangilah ibu anda setiap masa sebagaimana kasih sayang mereka yang tak pernah hilang setiap masa
No comments:
Post a Comment